Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Sunday, April 12

Naluri dan Airmata

Assalamualaikum...

Allahu Akbar.. Hati aku x kuat... Naluri aku terasa macam ada sesuatu yang Allah nak bagitau..tapi apa? Airmata x berhenti mengalir , xmampu disekat... 


Terluka. Hati mana x terluka? Ketika Malaikat datang mengetuk sesuatu yang bernama "Naluri" .. Hmm..Naluri seorang anak, Naluri seorang ibu, Naluri seorang ayah, Naluri seorang suami..Dan paling hebat, Naluri seorang isteri..


Bila kita tengok dalam drama..Si isteri sedang masak kat rumah, If jadi apa-apa kat suami, pinggan akan pecah..or jari terkena pisau.. Haha..mcm tu la agaknya yang dikatakan "deria keenam" seorang isteri.. Aku x terkecuali.. 


Hmm.. Buntu nak menulis.. Baca dan fikir-fikirkanlah ye readers..

"Ya Allah, peliharalah keluargaku"

Ameen..








Friday, April 10

Perginya Sebuah Morning Sickness

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..baru lepas sambut besday ke-26 tiga hari lepas..haha..Hadiah paling istimewa sempena besday aku ke-26 ni adalah perginya sebuah morning sickness..hahaha...Alhamdulillah..sekitar awal April aku masih mabuk macam biasa..muntah dan mengalami keletihan yang teramat teruk sampai tahap nak menyerah diri kat hospital untuk drip air..tapi disebabkan perasaan "xnak menyusahkan" husband dan keluarga mertua, so aku kuatkan semangat yang dah xdak masa tu untuk teruskan kehidupan tanpa bantuan drip..  2 April aku muntah teruk..xmakan pon muntah..letih xyah cerita..mcm nak pengsan pon ada, nak mati pon ada..bila mengadu kat husb, beliau ajak ke Klinik berhampiran..so aku beranikan diri ke klinik dengan harapan semoga doktor x paksa aku drip kat hospital..hahaha... Doktor bekalkan aku dengan ubat tahan muntah..amalkan sebelum makan bila perlu katanya (2x sehari)..Bila perlu? hmm..rasa mcm 24 hours perlu je..so aku makan ubat tu dengan penuh disiplin yang tinggi...cewwah!

Lepas amalkan ubat tahan muntah tu, aku rasa badan aku kuat sikit..muntah jugak tapi sehari sekali, or dua kali macam tu je..kadang2 xmuntah langsung..tu satu peningkatan dalam kesihatan aku..aku bersyukur sangat! Tapi makan still x lalu lagi..Pagi2 cuma jamah kuih apam yang ayah mertua beli kat gerai kuih..

7 April 2015.. aku rasa dahaga..lalu aku teguk air masak yang sememangnya ada dalam bilik konon-konon takut tengah-tengah malam dahaga..so lepas aku minum, baru aku perasan perubahan diri aku yang pada masa tu berjaya minum banyak teguk air tanpa ada rasa loya..Then, diikuti dengan rasa lapar.. Allahu Rabbi.. aku pelik..terfikir seketika.. "xkan lega macam tu je sickness aku?".. dan pada hari tu aku berjaya habiskan sepinggan nasi, dan makanan lain..hahaha...serius.. kelegaan yang dialami tu datang secara tiba-tiba...Tiba-tiba je lega beb! sedangkan hari sebelumnya masih muntah macam nak pengsan...Tapi perasaan trauma nak jamah makanan tu masih ada sehingga hari ni...

8 April 2015.. Its my 26th birthday... Zhe wo sheng Ri Kuaile..Wo er shir liu sui.. malam tu aku lapar sangat..teringin nak makan kobis + mayonis + bawang..so aku gunakan otak geliga aku untuk pau husb aku belikan aku burger tanpa sos..sampai pukul 11 lebih aku tunggu dengan harapan aku dapat makan kobis + bawang + mayonis tu sepuas mungkin..Dan hampir jam 12, husb pulang membawa sebiji burger.. hati mana x excited weh? hahaha...sebab org mengandung ni kalau dah teringin, Allahu Rabbi...aku pun dengan excited buka bungkusan burger tu dan.....aaarghhh...hanya roti atas, daging dan roti bawah je yang ada.. aku xtau samada aku patut nangis, ataupun ketawa berdekah-dekah..hahaha...nak jaga hati husb yang dah bersusah payah beli, aku pun telan la sedikit-demi sedikit sebab masin gila..Elok dah nak habis, husb cakap nak keluar beli burger sebab lapar katanya..aku pon apa lagi, pau lagi sebijik...hahaha..lepas beliau balik, aku makan sikit bawang, mayo dan kobis sebagai memenuhi kehendak makan..hahaha...siangnya aku makan lagi..berselera gila..akak kerani kat tempat kerja husb bagi aku jeruk mangga sejuk plak, Allah...terliur aku..and malam tu husb belikan sate sebagai jamuan utk besday aku la konon-konon..hahaha..aku makan lagi..pergh..memang betul-betul menakjubkan..sekelip mata boleh lega..

Hahaha...bila dikenang pasal sickness hamil ni, rasa serik nak mengandung lagi..letih beb...kita dah lawan, tapi orang xnampak kita lawan..dan kita tewas jugak mcm mana pon...tapi bila dah lega, rasa xpuas pulak sickness yang hari tu..rasa mcm taun depan nak preggy lagi plak...hahaha..gilo hang! nak cari mak hang marah beranak kerap2? kalau husb baca ni, mesti dia syok taun depan aku nak preggy lg..hahaha...pungkoq dia! sekarang ni pulak dok buat lapar tengah malam..Allahu Rabbi..hahaha..habis la diet aku..baru je excited nak tengok berat terkini isnin ni, dah berselera semacam..tau x..tengah malam kalau boleh nak mengunyah sokmo..xkisah la kentang ke, tam tam ke, tapi kalau boleh nak benda berat..mcm nasi ke, mee mamak ke..perghh...parahhh! kerja gila..tapi xboleh la request kerap2 kat husb..kesian la dia..kempis dompet dia nanti..dah la aku x kerja..hmm..

Betul orang kata, trimester kedua ni mcm fasa honeymoon untuk ibu mengandung.. memang rilex weh..xda rasa letih..tapi trimester ketiga orang kata dah mula letih balik..haishhhh..dah la time tu kenduri abang ipar..semoga diberikan kesihatan yang baik...ingat lepas kenduri tu nak balik kedah lagi..tengok la dulu camna....tapi kan, walaupun selera makan aku dah macam jin, tapi aku seronok sebab aku boleh bagi baby makan secukupnya..dok terbayang baby absorb nutrien dari makanan aku lepas aku makan.rasa sweet gila..cewwah....hilang rasa risau tau x.. masa mabuk dulu rasa risau gila takut baby xdapat zat..sebab aku makan, muntah memanjang.. Ya Allah, sihatkan anak dalam kandunganku. semoga beliau cute macam mak beliau..

Isnin ni checkup lagi kat Klinik Desa.. time tu nurse cakap nak scan..pergh..first time nak scan ni..orang kata time scan ni, baby akan rasa sakit..Hmm..risau jugak..tapi excited sangat nak tgk baby aku dgn husb...besar mana dah agaknya..sekali pon xpernah jenguk lagi.. teruja weh teruja..kalau doc offer husb aku masuk sekali, mmg nak sangat aku ajak beliau tengok..haha...dah mula berangan anak aku nanti ikut muka sapa.. orang cakap muka aku dgn husb sama walaupun aku xpernah nampak pon kat mana yg sama tu..haha..tapi aku harap, kening, bulu mata dia lebat & panjang mcm abi dia..

Hahaha..berangan la pida oiii...berangan..hahaha...macam ni la aku kalau fikiran aku celaru...2-3 hari ni otak aku sasau sikit..aku nak balik kampung sebenarnya..kalau boleh naik flight dgn maksu aku..tapi problem sikit la sebab aku x berani nak p kat maksu aku sorang2..tapi tu xjadi hal..bukan x biasa pon, cuma xberani je...untung2 husband aku cuti hari tu, boleh la beliau hantaq aku..lagi satu aku kesian husband aku..hahaha..tapi aku nak balik jugak la rasanya..2 bulan dah x balik..rindu masakan mak..rindu bilik weh..aku ni pelik..kalau dok sini, nak balik kedah, nangis sbb x sanggup nk tinggal husband..bila dok sana nak balik mai sini, nangis sbb x sanggup nak tinggal family..hahaha...complicated sungguh la masalah aku..If aku balik rabu, mungkin ahad aku dah balik sini kot..tapi mcm sekejap sangat pulak..confuse beb..kalau x balik, bila lagi? cuti hari buruh ada kenduri, lepas tu kenduri lagi kat umah biras aku..then dah mula sibuk dengan persiapan kenduri abang ipar..hadoiiii.... kena balik jugak..hilangkan rasa rindu kat rakyat jelata kat kedah..cewwwahh...

Dah panjang sangat aku merapu ni...aku nak pi sidai baju, masak nasi then cari makanan! lapar lagiii......... ok bye!















Friday, April 3

Preggy Journal : Makan dan Muntah

Assalamualaikum...

Hohoho...Alhamdulillah, syukur kepada Allah, masuk minggu ke-14 dah khalifah kecil dalam kandungan..cewwahhh..ayat xmau kalah..hahaha...nak bercerita mengenai alahan lagi..x habis-habis pasal alahan..haha..yela, dah itu yang aku lalui sekarang..rugi pulak kalau x coretkan..moga nanti anak aku dah besar dan baca blog ni, dia tahu betapa tabahnya umi dia mengandungkan dia..cewwwahh....

Sejak masuk minggu ke-13 hari tu, badan seriously rasa lemah sangat..sampai rasa fedup dan nak menyerah diri kat hospital..tapi takut.. sebab apa? sebab muntah berlarutan dan semakin hari semakin teruk..apa yang ditelan, confirm akan keluar balik..Allah, seksanya tuhan saja yang tau..paling menyakitkan hati, tengok husband khusyuk bermain COC tatkala aku keluar dari bilik air..hahaha...nak marah pon, xkena jugak, kalau dia muntah teruk, alah teruk, sapa nak kerja?...

Kadang-kadang husb ajak pi tambah air kat hospital..sebab nurse kat klinik mmg dah pesan if muntah teruk, pi tambah air..tapi sebolehnya aku nak cuba ikhtiar cara lain dulu..so aku berkeras xmau pi hospital..dan husb offer nak bawak aku ke klinik swasta..so aku follow je..bukan apa, jiran aku cakap, beliau dulu mengalami situasi yang sama dgn aku, tp bila dpt ubat tahan muntah, terus lega.. So lepas office hour semalam, husb balik dan terus bawak aku ke klinik..Doc cuma mampu bagi MC, ubat tahan muntah dan mintak suruh aku doa.. tapi aku tolak offer MC, sbb aku xkerja lagi..haha..tp kalau MC tu boleh ditukarkan kpd nama husband aku, mmg aku ambik...

So, lepas dah bazirkan duit husband aku sebanyak RM20, husband ajak aku ronda pasar malam..dan untuk pertama kali, aku pening kat pasar malam..seumur hidup aku, aku xpernah pening mcm tu..sampai tahap xboleh nak jalan habiskan 1 pasar malam..biasanya kalau bab-bab membeli belah ni, seriously aku sihat wal'afiat lah.. 1 apa pon aku x teringin nak makan.. mula-mula teringin dadih, tapi doc cakap jgn ambil apa2 makanan berasaskan susu or santan untuk sementara..so aku tabahkan hati..hahaha...last-last husb belikan pizza, aku mintak simpankan sekeping untuk aku..tu pun bukan sbb teringin, tp sebab xnak biarkan perut kosong..risaukan anak dalam kandungan..Dan kat pasar malam tu aku cuma mintak husb belikan aku 1 cup air tembikai je..untuk elak pitam kononnya..

Gagahkan diri berjalan ke motosikal, atas moto boleh plak husb pesan kat aku, "pegang abi kuat-kuat".. hahaha....dah rasa mcm budak tadika pulak..x sangka dia sayang jugak kat aku..hahaha..sampai rumah, tengok mak mertua kat meja makan, xkan nak terus masuk bilik, gagahkan jugak diri ni lepak kat meja makan..lebih kurang 10 minit, aku masuk bilik.. tau apa jadi? muntah balik 1 cup air tembikai td..Allah Allah...sambil muntah, sambil sebut "Ya Allah, Ya Rabbi"..xkira dah dalam tandas ke apa.. (dah sakit baru nak ingat Allah)..apa punya turr??

Baring lebih kurang setengah jam,then try telan ubat.. lepas tu badan terus rasa kuat sikit..lebih bertenaga..better than sebelum-sebelum ni tapi still lemah... pukul 10 malam keluar menikmati pizza tadi.. Alhamdulillah, x muntah..lega rasa hati... tapi masa buang air kecil, air kencing jadi oren kecoklatan..mcm darah pon ada..takut jugak..pulun la minum air masak bagi banyak..dalam hati cuma pikir, "effect ubat tadi kot" ..dan berdoa supaya aku dan anak aku dilindungi oleh segala jangkitan berbahaya.. Alhamdulillah, nasib baik sekali tu je jadi camtu..urine yang lain semua ok..Alhamdulillah Ya Allah..kena try minum air masak banyak-banyak lagi lepas ni..

Actually, aku jarang minum air masak walaupun sebelum preggy.. sebab memang aku akan kering tekak bila minum air masak.. selalunya aku akan prefer untuk minum air mineral sebab tu yang sesuai untuk aku..tapi bila dok dgn mertua ni, dan rumah mertua mmg mengamalkan air masak, xkan la aku nak belagak beli air mineral plak kan? so minum jela selagi mampu...so azam aku mulai ari ni, kena minum air masak setiap hari walaupun sikit..hahaha...

Hari ni teringin nak minum air kelapa..bila mintak kat husb dan husb cakap "xpayah", perghh..touching beb..rasa nak nangis walaupun aku tau dia gurau.. sensitif gila skrg..tapi dapat jugak akhirnya..muntah jugak ari ni, tapi cuma sekali..Alhamdulillah la, lebih baik dari sebelum ni..

Kadang-kadang alahan ni memang buat aku hilang sabar, rimas dengan kanak-kanak dan orang sekeliling, termasuk suami sendiri..Kadang-kadang rasa panas sangat badan, but kadang-kadang rasa sejuk..Allahu..seriously memerlukan kesabaran yang tinggi.. Kesian pulak dgn husb bila balik kerja tengok bilik bersepah, aku pulak xpernah nak layan beliau makan sekarang, kadang-kadang baju x terbasuh.. tapi hope beliau faham situasi aku sekarang.. Aku sendiri pon rimas bilik bersepah, aku bersalah sbb xbanyak tlg ibu jaga anak-anak buah, xbanyak tlg buat kerja rumah, xbanyak layan husband makan, sediakan makanan utk husb..tapi aku harap aku dapat buat tu semua xlama lagi..semoga cepat sembuh fida!




Monday, March 30

Preggy Journal : 13 Weeks 4 Days

Assalamualaikum..

Fuhh...dah 2 minggu lebih x blogging..bukan xda masa, tapi xda mood nak blogging..keadaan kesihatan kurang izinkan.. makan dan muntah dah jadi pasangan serasi.. nasi masih dilihat asing dalam kehidupan.. Allah.. walaupun keadaan luaran nampak macam sihat, tapi dalaman, perghh...aku dan Allah ja yang tahu..Belek FB, nampak resipi..rasa teringin sangat nak masak..serius..dah lama x masak..rindu..walaupun skill masak aku x hebat mana, tapi lulus la kalau setakat nak buat alas perut tu..tapi tu la, keadaan kesihatan x begitu mengizinkan..Kesian husband, sepanjang kahwin baru sekali dua je aku masak..lepas dapat alahan terus tinggal sudip dan kuali..hahaha...

13 weeks 4 days of pregnancy..
Semakin hari semakin teruk aku muntah, apa saja yang dimakan pasti akan muntah..bak kata UAI, muntah diawal kehamilan tu sebagai persediaan untuk roh baru masuk dalam badan..hmm..redha jela..tapi tu la, risaukan kesihatan anak dalam kandungan, kalau dah makan xsampai setengah jam muntah, sempat ke badan nak absorb nutrien kepada baby? Ya Allah, hanya Kau yang maha mengetahui, sihatkanlah anakku..

Hahaha...tengok ja brutal, dalam hati ada jugak sifat keibuan tu sebenarnya..bukan aku ni kejam sangat..tapi tu la..xboleh nak imagine macamna keadaan bila anak dah lahir esok...mampukah aku jadi seorang ibu mithali? hahaha..terasa nak tergelak plak kat diri sendiri..ibu mithali? hmmm...hahaha...

Macam-macam yang aku rasa sepanjang kehamilan ni.. terasa teringin nak makan itu ini, terasa bagaimana seorang ibu melalui peritnya muntah, pening, kadang2 demam, kepanasan badan..pendek kata mcm keadaan kesihatan yang kurang stabil la..Kadang2 rasa nak serah diri kat hospital selayang je..nak tambah air banyak2..biaq lega terus..tu pun kalau lega la kan...serius x tahan weh..kadang2 rasa xmau bagi husband pi kerja..rasa lagi x kuat kalau xda dia..seriously! hadoii.. 10.47pm, baru lepas jamah roti + kaya sekeping..tu pon x habis, jamah sebab xmau bagi mertua bising je..masuk bilik, terus sejuk 1 badan..oh Abi, I need U.. tolonglah balik cepat sikit..tapi bila fikir balik, ok la husb kerja breakdown, drpada outstation asyik kena tinggal ja..lagi la lemah semangat aku..haishh..nak baring sebenarnya, tp takut muntah..seksanyaa...

Kehidupan seharian boleh dikatakan sentiasa bersama minyak cap kapak..hahaha..dah mcm org ketagih ja..tp serius, kalau xdak benda alah ni, xtau la aku punya mood cmna..bila datang sakit pening, perghh......namun, aku still dapat control ayu depan husb..hahaha...ayu lah sangat kan..
Time dok menaip ni pon rasa pening dan meloya..dan minyak cap kapak setia diatas keyboard..siap bukak penutup lagi..pergh..aku x pernah expect yang satu hari aku akan alah seteruk ni time preggy..

Kalau x sebab anak ni anugerah yang xsemua orang dapat, memang aku x tahan sabar..kadang2 aku nangis sorang2.. perit seriously! baru aku faham apa yang tinggi sangat darjat seorang ibu..daripada mula mengandung, sampai membesarkan, proses yang memang xdapat nak digambarkan kesusahannya..

Dah, mata dah layu..nak rehat... Ok Bye.







Friday, March 13

Preggy Journal : Cravings

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang baik menjelang 14 Mac 2015.. walaupun kadang2 terkulai layu sebab mabuk darat..haha..

12.22 am.. hubs masih belum kelihatan sejak keluar bekerja jam 8.30am tadi.. dah 16 jam setengah kena tinggal..semoga Allah murahkan rezeki keluarga kecil kami..Ameen.. Tengah2 malam mcm ni tiba2 tekak terasa nak makan mee hailam..hahaha...gilaaaa...jenuh laaa haih.. dan tengah2 malam mcm ni jugak, hati terkinja-kinja rasa nak balik kampung awat xtau..nampak x tahap mengidam & homesick tu camna?hahaha...

Bercerita soal mengidam..Sepanjang mengandung ni, aku xda nak mengidam yang pelik-pelik.. cuma tabiat suka mengunyah sesuatu yang masam & sejuk ditengah-tengah malam makin menjadi-jadi sekarang..haha..seriously, dulu aku xfaham kenapa orang mengandung mesti mengidam.. but now, bila dah alami sendiri, baru aku tau sebenarnya mengidam tu sesuatu yang diluar kawalan..Pernah 1 malam tu aku nak sangat makan buah-buahan masam dan sejuk..time tu jarum jam menunjukkan pukul 11.47 malam..yaa..dah hampir tengah malam..aku x senang duduk.. rasa x lengkap hidup kalau xdapat makan..rasa x leh nak tidur kalau xdapat.. Kesian hubby.. dengan baik hati beliau layan, "nak abi ambilkan dalam peti ais ke?".. bukan aku xboleh nak ambil sendiri, tapi yelah, tengah2 malam kan..malas nak bertudung & berpakaian kemas keluar dari bilik.. so dia ambilkan..nasib baik la dalam peti ais ada jeruk buah yang ibu beli..hahaha... terlampau teringin sangat, aku makan jeruk buah betik,walhal sebelum ni aku xpernah sentuh buah betik untuk dimakan.. gila kan? sampai macam tu sekali..

Buat masa sekarang tengah cravings masakan mak je..walaupun ibu masak pon x kurang hebat berbanding mak..tapi tu la, rindu kotiau tomyam mak, bihun sup mak..Allah...semoga dapat la aku balik kampung sebelum May nanti..


Tapi nasib baik la aku mengidam bukan2..bak kata hubby, jangan mengidam mempelam harum manis bukan pada musim sudah..so far, apa yang aku terasa nak makan semua senang dicari.. Buah anggur, tomyam, coklat, laksa, air buah, Alhamdulillah, senang...haha...aku xtau apa penyebab mengidam..aku pernah terbaca but terlupa..perubahan hormon apa ntah.. hmmm... jenuh...Nasib baik laaaa husband sabar layan kerenah aku..kalau nak ikut perangai baran beliau tu, memang x nya dia nk layan aku..tapi nasib baik la..dia xda bantah sepanjang kemengidaman aku ni..

Berat badan turun 5.3 Kilogram..pembawakan mabuk kata nurse.. turun la lagi..turun la lagi..haha...seriously aku x lalu makan nasi, megi dan lain2..cuma mampu telan apa yang aku mengidam je..buat masa ni Alhamdulillah masih banyak bekalan anggur dalam peti ais..

Dah2..Dah 1 pagi dah...nak tidoq.. lain kali blogging lagi..nak cerita pasal proses checkup tapi malas nak menaip..tunggu mood datang dulu baru story k..Assalamualaikum..Gudnite..







Friday, March 6

Preggy Jurnal : 10 Weeks

Assalamualaikum..

Allahu Akbar..Alhamdulillah.. Masuk 10 minggu kehamilan..

Masih di katil..terbaring kepeningan..Hmm..x syok la mcm ni..dah la dok serumah dengan mertua.. nanti apa pulak yang diorang kata..Ya Allah, sembuhkan aku secepat mungkin.. sejak mengandung ni selalu sejuk kaki..xtau pasaipa..hmm..seriously rasa xsedap la tinggal kat sini bila x sihat mcm ni.. kadang2 terlajak tido, keluar je baju dah berlipat.. kadang2 dengar ibu marahkan anak2 buah, rasa x sedap pulak nak baring..mana la tau dalam hati dia, "ada menantu pon xleh nk tlg ringankan beban".. mana la tau kan.....

Seriously rasa x sihat.. hilang terus selera makan.. xtau nak makan apa..semalam ajak hubby pi pasar malam, hajat hati nak beli buah..tapi dah sampai sana x teringin pulak nak beli buah.. dah balik, hari ni, rasa nak mengunyah buah..hadoii..parah-parah...

Bila rasa pening mual mcm ni, baru aku tau sebenarnya yang diorang dok berlakon dlm drama tu sebenarnya realiti.. memang seksa kalau mula-mula pregnant.. bukan nak manjakan diri, tapi orang xrasa, memang xtau.. sebelum ni aq xpernah pon nak baring seharian..tapi sejak dah ada baby ni, sidai baju sikit dah memusing, mcm tu nak digagahkan lagi buat kerja lain? dah la time pregnant ni berisiko darah tinggi kencing manis bagai..



Syok baca ayat, "ibu letih ya?"... haha..memang letih..hope abi, embah, ayah, semua faham keadaan umi.. umi sangat letih sekarang..seolah-olah xda darah dalam badan.. bangun tidur tadi pon lewat..jam 9.30am.. selalunya x mcm ni..ni first time bangun lewat lepas kawen.. risau embah kata umi nak berkepit je dengan abi sampai xnak tlg buat kerja umah.. bukan..umi letih sangat..Allah je tau mcmna letihnya umi..

Dah, lain kali sambung lagi..xlarat..bye






Monday, March 2

Preggy Jurnal : 9 Weeks 5 Days

Assalamualaikum..

Allahu Akbar.. Muntah. selepas makan kueytiau goreng yang ayah beli pagi tadi..muntahnya bukan sedikit..7-8x jugak la ulang lap..sebab x sempat nak lari ke toilet. Macam ni rupanya rasa bila mengandung.. sumpah meletihkan, dan waktu macam ni aku sangat perlukan semangat dan dorongan dari suami, dan keluarga.. Pehh..hebat penangan pembawakan budak ni..

Orang xfaham mungkin akan cakap, "awak tu melayan sangat sakit awak tu".. Yes, aku dulu pon berpendapat macam tu bila tengok drama melayu.. manja. hahaha..bila dah rasa sendiri, nah, ambik hang! memang meletihkan serta melemahkan.. hati dok khuatir ni..esok ada interview.. khuatir kalau dapat kerja dalam keadaan aku kurang sihat ni..Ya Allah, kuatkan aku..

Petang ni cuma jamah nugget sekeping, serta kentang segenggam.. haha.. tu pon bercinta nak habiskan.. seksa weh.. tapi segala perit tu akan jadi indah bila aku meniarap, dan merasakan mcm ada objek dalam perut aku..

9weeks 5days..

Baby dalam perut dah berupa macam ni InsyaAllah..

Alhamdulillah, teruja sangat.. setiap hari google gambar perkembangan baby.. Insyaallah minggu depan kena pi checkup untuk kali kedua.. x sabarnyaa nak tunggu nurse scan.. dapat nampak bayang pon jadi la.. hebatnya rasa keterujaan nak bergelar ibu tu..haha..

Sekarang ni dah alah dengan makanan melayu terutamanya yang bersambal dan bersantan.. Allah..memang konpom keluar balik.. Xtau la nak ajak abi pi makan apa dan kat mana..Hope kehilangan selera makan ni x effect baby la.. risau sebenarnya..

Jarang muntah-muntah..tapi alah dengan bau-bauan..macam sabun mandi dan bau masakan.. lagi 1, aku jadi malas nak bersiap-siap bagai..nak pakai deodorant, bedak, pelembap,pencuci muka pon dah malas.. haha..tapi kena bersiap jugak la.. kalau x.. muka ni serius nampak mcm x mandi 3 hari..

Sejuk kaki.. xtau la pasaipa.. bila google, banyak bloggers kata tu petanda hamil anak lelaki.. hmm..mungkin jugak la..sebab naluri aku memang kuat menyatakan baby dalam tummy aku ni lelaki..tunggu dan lihat jela..haha..lelaki ke, perempuan ke, asalkan sempurna dan sihat sudah laa...

Pengalaman hamil ni indah sangat..walaupun letih dan penat..tapi best..Alhamdulillah.. kadang-kadang rasa nak toreh perut tengok baby, lepas tu nak jahit balik..haha..nampak x keterujaan tu?  hahaha...dah2...dah mengantuk..Bye!