Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Saturday, March 16

60 Days Left!

Assalamualaikum.....

60 days Left..... Bumi Kuala Lumpur + Selangor + Gombak + Batu Caves + Selayang + Sungai Tua  akan ditinggalkan... Tolak pi tolak mai, lebih kurang 55 hari je sebenarnya..  Warghhh xsabarnyaaaa nak balik tinggal kat Kedah...After 8 years x berpuasa bersama family, after 8 years x tinggal serumah dengan family...Akhirnya......dapat jugak aq merasa semua tu :)

Hospital Tuanku Fauziah.. Insyaallah aq akan bergelar seorang Biomedical Equipment Engineer pekerja kat sana mulai 24th June 2013 ni... Hospital Tuanku Fauziah?? Kangar?? Kenapa Kangar?? Waarghh..... Akhirnya aku kembali ke Perlis after 3 tahun aku tinggalkan.. Best oo dok Perlis ni...5 tahun aku tinggal kat Perlis..Even negeri tu kecil, tapi nyaman! Dekat pon dekat nak balik rumah..hahaha...rasa menyesal pulak tolak tawaran Universiti Malaysia Perlis dulu..hahaha....



Ok, Rindu Kedah.. Rindu Jitra... orang cakap, kat sana bukan ada apa2 pon...but for me, walau ke Cardiff aku belajar, "hometown" is the best place untuk bercuti.. Lepas ni Insyaallah,akan memulakan kerjaya merayap disepanjang jalan raya Jitra-Kangar je setiap hari.. Wow! Syok ! mesti boleh kurus! hahahaha...

Ok, xmau merapu panjang2 ! Bye..


: Putus Cinta :

Assalamualaikum..

Letih. Ya! Letih...tapi disebabkan ketagihan jari-jemari untuk menulis blog, terpaksa bangun jugak untuk menaip entry yang x seberapa ni..hermm....

Malam ni didatangi oleh seorang sepupu  ,eh.. ehemm (sambil betulkan tali leher ), seorang saudara yang ada masalah dengan pasangan kekasih beliau.. Kiranya, penulis malam ni terpaksa buat part time jadi "Doktor Cinta" la untuk seketika..

Hermm..apa yang aku nk cakap? aq ni kalau bab nak nasihatkan orang seriously aku lemah! cuma boleh mintak dia kuatkan semangat dia jela..aku xtau nak nasihat dia macammana..Lastly dia cakap, "SEMUA LAKI SAMA JA"....Sambil berikan kata-kata perangsang kat dia, otak aq terfikir something..Baru ja 2-3 hari lepas aq terbaca tentang kartun kat bawah ni kat FB...



Ok, entry ni xda niat pon nak memerli , mengata or mengutuk..sekadar renungan je..Pelik la jugak, bila dah clash baru nak samakan semua lelaki. Kenapa tidak time bercinta dulu? musykil la jugak kan.. dan aq cukup2 pantang kalau style nak labelkan lelaki or perempuan ni sebagai " semua sama ja".. Bak kata bro biawak kat bawah ni....


Hahaha...kalau ye pon emosional, jangan la samakn orang tu dengan orang lain..cuba fikir positif, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu..Penulis ni pon pernah alami benda yang sama, tp rileks ja..Fikir sebelum berkata-kata..."Kalau semua lelaki sama, maknanya.... ayah, abang & adik2 lelaki kamu pon sama ke?".... ok, moral of the story, berhati2 bila berbicara ok?

Apa yang aq boleh buat? kembalikan semangat dia yang hilang...Come On girl! Allah ada perancangan terbaik untuk kamu! Believe in God sayang! Bak kata Najwa Latif, "setiap yang berlaku ada kebaikannya"... X mau komen lebih2 sebab takut benda ni jadi balik kat diri sendiri...hahaha....


"Pandai je Fida tu nasihatkan orang, cuba kalau jadi kat diri dia? kuat ke x?"......
 hahaha...kenyataan ni yang aku x suka dengar....kalau mintak nasihat aq, jangan nak ungkit bab ni ok, just LISTEN LISTEN LISTEN to my advise je..xpayah nk cakap banyak2..


"Rasa nak mati la bila dia xda, rasa x semangat nak hidup" ..
phuiii..ni la ayat poyo seorang wanita kalau putus cinta.. aq xfaham kenapa.. Mohon la, jangan la letak harapan tinggi time bercinta BAHAWASANYA si BF tu konpom akan jadi husband korang...sekadar suka2 tu x kisah, ni x...terus letak dia sebagai "cinta mati" korang..huh! sekali putus, macam ni la jadinya....


Cewwahh...pandai pulak Cik Fida berceloteh hari ni.... Kena kat batang hidung sendiri baru padan muka.. Na'uzubillah...mohon dijauhkanNya.. bulan depan cukup 4 tahun hubungan ni...bg aq, apa yang paling penting, DOA dan KEPERCAYAAN je...

Dah2...jangan nak merepek....ok bye !