Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Thursday, March 28

: Celoteh Dr. Fida :

Assalamualaikum..

Erm...baru lepas jawab Quiz Math.. gila pening..hahaha....rasa mcm xboleh buat..tawakkal je la.. Habis je quiz math tadi, terus ikut langkah kaki p Koperasi... nak cari makanan la konon..disebabkan kat rumah tu dah xda apa untuk dimasak, & esok baru aq akan pergi membeli belah barang-barang dapur, so aq rajin-rajinkan diri untuk menghayunkan langkah kaki ke koperasi yang jauh tu...

Setelah aq rasakan bahawasanya tiada roti yang menarik untuk dijamah..cewwah...aq jalan lagi dalam koperasi tu..dan tiba-tiba aq terpandang beberapa bungkus mee segera yang merupakan makanan ruji aq & kawan2 bila hujung bulan tiba.. & disebabkan dalam beg duit aq ada RM4 je ,( esok baru nak cucuk duit ), so aq pon ambik la 2 peket mee segera jenama "sedaap" ... Masa aq dok pilih mee segera tu..mata aq terpandang pula pelbagai jenis makanan segera yang lain... Dalam hati aq.. " Wow, hebatnya dunia hari ni ! ada bubur nasik segera, nasik ayam segera, nasik goreng segera, & macam2 lagi yg segera !! "...

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewa yang terletak lebih kurang 150 meter dari koperasi, otak aq ligat berfikir, "agaknya benda-benda macam ni la penyebab pelbagai penyakit kot".. bukan nak memuji diri, tapi this is reality! aq seorang yang mementingkan bab kesihatan if aq yang masak! aq x suka minyak banyak2...kolestrol! Mak aq selalu marah, sebab katanya aq kedekut minyak... hahaha...ini bukan soal kedekut, tapi soal kesihatan!




Berbalik kepada story.. sihat ke benda2 macam ni? Hermmm......

Sejak aq tinggal kat KL ni..banyak benda yang aq x suka tapi aq nampak depan mata aq... aq selalu nampak makcik-makcik yang bekerjaya, balik dari kerja, terus ke pasaraya & beli daging-daging or ayam yang dah siap di packing kan...haha...Yes! x salah..tapi aq selalu fikir, ayam tu mesti dah diawet, pastu entah berapa hari dah duduk dalam peti ais tu..MasyaAllah... otak aq... sampai ke situ..hahaha...

gambar dari google :)

Hahaha... yang hang pi makan mee segera xpa pulak!! nak buat camna bro, dah lapar sangat , duit pon ada dalam mesin ATM lagi..hahaha...

Ermm...bagi aq, kalau terpaksa sangat-sangat je baru aq beli benda-benda macam ni...bukan nak cakap aq baik sangat, aq pon adakalanya makan jugak benda2 ni..tapi kalau bab nak membeli, NO! bukan xpernah membeli, tapi kalau ada yang lagi baik, better ambil yang lagi baik...



Pau segera, otak-otak segera, karipap segera... segala mak nenek ada sekarang ni...but, aq sanggup beli tepung, belajar buat sendiri dari beli yang segera..xtahu la kenapa..aq x rasa minat langsung dengan benda-benda macam ni....

Hari ni aq masih bergelar seorang anak, & aq dah jaga pemakanan family aq if aq yang masak.. aq kurangkan pengambilan garam + minyak.. segala unsur yang x elok semua aq buang.. Esok if aq bergelar seorang isteri, aq akan jamu suami aq makan semua benda ni sebab aq nak dia buncit.. Ya! Buncit!..hahaha....& after aq bergelar ummi, aq x akan benarkan anak-anak aq makan semua benda ni..aq akan cuba seboleh mungkin untuk masak sendiri & anak-anak umi x boleh protes tentang apa yang umi masak!! 

Ok, dah, sambung print resume! hahaha....