Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Friday, April 12

Manisnya sebuah perpisahan...

Assalamualaikum...

88 Days before Ramadhan.. & 33 days before leaving Selangor Darul Ehsan.. Rasa x sabar nak sambut Ramadhan sebab, this is my first Ramadhan with my parents after I left that house since I was 16.. Yes! NINE YEARS AGO! Azam untuk Ramadhan kali ni...Nak attend solat tarawikh bersama jemaah-jemaah kat kampung la...selalu dengan kawan2 je..hehe...Insya Allah, May Allah ease!

Hari Jumaat yang penuh barakah..sebenarnya hari ni penulis xda kelas..tapi disebabkan ada sorang junior nak berguru dengan penulis untuk buat blog, so penulis terpaksa berkorban cuti untuk datang ke kampus ni... Ilmu aq x banyak, tapi x salah kan kalau kita share apa yang kita ada dengan orang lain? (^_^)

Herm..nak bercerita tentang "Manisnya sebuah Perpisahan"... Biasanya, orang akan cakap, "Berpisah itu Pahit".. Itu tidak dinafikan, tapi bukan semua kot... Haha... 5-6 Bulan lepas, penulis telah dipertemukan dengan kenalan satu tadika dengan Izin Allah.. After 18 years bawa haluan sendiri.. haha...

Masa ada di zaman kanak-kanak dulu, penulis rasa itu adalah zaman yang sangat pahit sebab kena bangun awal pi tadika, kena mandi awal2, xboleh tengok kartun pagi-pagi sebab kena p tadika...Kawan-kawan tadika suka curi pensel warna dan sebagainya..serius x best..bila nak masuk darjah 1, jiwa rasa kosong je, sebab zaman sekolah memang x best..

Tapi bila dah besar, rasa rindu sangat dengan moment di zaman kanak-kanak riang...pakai baju kotak2 merah + Kain hitam... pakai "kasut raya" je pi tadika.. cukup time, cikgu bagi makan..Pukul 11 balik rumah, main sepuas hati sebab x ada assignment yang menyerabutkan kepala..Perghh best! Tu la orang cakap, "hargai apa yang ada dengan kita sekarang, sebab bila benda yang kita ada tu tinggalkan kita, kita x akan dapat lagi yang sama dengan apa yang hilang tu"..



Time kami berpisah dulu, rasa heaven ja sebab dah habis tadika, cuti panjang la katakan...tergedik-gedik nak masuk darjah 1, rasa diri tu dah besar..tapi masa tu kami xtau, bahawasanya belajar kat sekolah lagi teruk dari belajar kat tadika..Tapi after 18 years kami bawa haluan masing2, kami kembali bertemu dengan pertemuan yang sangat manis!  Bangga bila tengok profile kawan2 sepermainan dulu, ada yang join bidang akauntasi, sains , dan sebagainya..tinggal penulis ja yang dok terkedek-kedek dalam bidang kejuruteraan yang low profile ni..


Moral of the story, even rasa x best belajar kat BMI ni.. kena jugak menikmati & menghargai detik-detik terakhir sebagai sorang mahasiswi..cewwah ayat...sebab lagi 33 hari akan datang, penulis will never, YES! x akan pernah dapat merasa manisnya kehidupan sebagai pelajar universiti dah! Maybe kalau penulis sambung pengajian sekalipun, penulis x akan pernah dapat rasa benda yang sama dengan apa yang penulis rasa sekarang... cewwah...

Buat kawan2 1 tadika.. semoga kita dapat menjalinkan kembali ukhwah yang terlerai...salam perkenalan dari Fida! (^_^)