Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Monday, March 30

Preggy Journal : 13 Weeks 4 Days

Assalamualaikum..

Fuhh...dah 2 minggu lebih x blogging..bukan xda masa, tapi xda mood nak blogging..keadaan kesihatan kurang izinkan.. makan dan muntah dah jadi pasangan serasi.. nasi masih dilihat asing dalam kehidupan.. Allah.. walaupun keadaan luaran nampak macam sihat, tapi dalaman, perghh...aku dan Allah ja yang tahu..Belek FB, nampak resipi..rasa teringin sangat nak masak..serius..dah lama x masak..rindu..walaupun skill masak aku x hebat mana, tapi lulus la kalau setakat nak buat alas perut tu..tapi tu la, keadaan kesihatan x begitu mengizinkan..Kesian husband, sepanjang kahwin baru sekali dua je aku masak..lepas dapat alahan terus tinggal sudip dan kuali..hahaha...

13 weeks 4 days of pregnancy..
Semakin hari semakin teruk aku muntah, apa saja yang dimakan pasti akan muntah..bak kata UAI, muntah diawal kehamilan tu sebagai persediaan untuk roh baru masuk dalam badan..hmm..redha jela..tapi tu la, risaukan kesihatan anak dalam kandungan, kalau dah makan xsampai setengah jam muntah, sempat ke badan nak absorb nutrien kepada baby? Ya Allah, hanya Kau yang maha mengetahui, sihatkanlah anakku..

Hahaha...tengok ja brutal, dalam hati ada jugak sifat keibuan tu sebenarnya..bukan aku ni kejam sangat..tapi tu la..xboleh nak imagine macamna keadaan bila anak dah lahir esok...mampukah aku jadi seorang ibu mithali? hahaha..terasa nak tergelak plak kat diri sendiri..ibu mithali? hmmm...hahaha...

Macam-macam yang aku rasa sepanjang kehamilan ni.. terasa teringin nak makan itu ini, terasa bagaimana seorang ibu melalui peritnya muntah, pening, kadang2 demam, kepanasan badan..pendek kata mcm keadaan kesihatan yang kurang stabil la..Kadang2 rasa nak serah diri kat hospital selayang je..nak tambah air banyak2..biaq lega terus..tu pun kalau lega la kan...serius x tahan weh..kadang2 rasa xmau bagi husband pi kerja..rasa lagi x kuat kalau xda dia..seriously! hadoii.. 10.47pm, baru lepas jamah roti + kaya sekeping..tu pon x habis, jamah sebab xmau bagi mertua bising je..masuk bilik, terus sejuk 1 badan..oh Abi, I need U.. tolonglah balik cepat sikit..tapi bila fikir balik, ok la husb kerja breakdown, drpada outstation asyik kena tinggal ja..lagi la lemah semangat aku..haishh..nak baring sebenarnya, tp takut muntah..seksanyaa...

Kehidupan seharian boleh dikatakan sentiasa bersama minyak cap kapak..hahaha..dah mcm org ketagih ja..tp serius, kalau xdak benda alah ni, xtau la aku punya mood cmna..bila datang sakit pening, perghh......namun, aku still dapat control ayu depan husb..hahaha...ayu lah sangat kan..
Time dok menaip ni pon rasa pening dan meloya..dan minyak cap kapak setia diatas keyboard..siap bukak penutup lagi..pergh..aku x pernah expect yang satu hari aku akan alah seteruk ni time preggy..

Kalau x sebab anak ni anugerah yang xsemua orang dapat, memang aku x tahan sabar..kadang2 aku nangis sorang2.. perit seriously! baru aku faham apa yang tinggi sangat darjat seorang ibu..daripada mula mengandung, sampai membesarkan, proses yang memang xdapat nak digambarkan kesusahannya..

Dah, mata dah layu..nak rehat... Ok Bye.