Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Friday, March 22

: Berangan Sebentar (Part 1) :

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, baru selesai memasak apa yang mampu untuk dimasak..haha...pening sangat kepala ni.. dah kenapa pon xtau la..2-3 malam ni tidur pon xselesa.. haishhh...mohon sihat seperti sediakala.. Hahaha....buka je FB, hari ni ramai yang update status, nak ke kenduri bagai... lepas tu siap tulis... "ambik berkat sikit "... aq pon xfaham darimana datangnya berkat kalau sekadar bergambar dengan pengantin?? aq ni dah berpuluh2 wedding dah attend..dah banyak sangat ambik gambar dgn pengantin..kiranya dah banyak berkat la kan? tp sampai saat entry ni ditaip, still membujang je..hahaha...... ok, tutup cerita...


Selak2 "home" kat FB, tiba2 nampak 1 kartun ni...


Ok, nak ajak readers berangan sikit..haha...Alangkah bagusnya kalau mesin ATM sebegini wujud..
Yela, at least dapat kurangkan perangai boros yang memang ada dalam diri sesetengah individu kn?
Bila aq tengok je kartun ni..aq letak diri aq kat tempat lelaki tu.. setiap 1 haribulan, pihak MARA akan masukkan elaun sara hidup untuk kami khasnya.. RM 630 sebulan...Setiap 1hb jugak, aq WAJIB mengeluarkan wang sebanyak RM190 untuk pembayaran sewa + bil broadband.. biasanya aq akan keluarkan RM250, termasuk untuk perbelanjaan MAKAN..katanya la..hahaha

Wang yang aq simpan untuk perbelanjaan makan (konon-kononnya) tu kan..akan tersemat rapi dalam dompet aq.. & biasanya di awal bulan jugak, kawan2 akan ajak.. 

"Eh, Fida, jom p Giant Batu Caves, beli stok"
"Fida, jom p Tesco Jalan Ipoh, teman beli baju"
"Fida, Wangsa Walk jom, JJ Wangsa Maju ke, Carrefour pon xpa, nak beli kasut"

Biasanya aq join je diorang.. x beli apa sangat..kalau aq ada barang nak beli, I prefer to shopping dengan my cik abang... sebab beliau akan kontrol aq punya sikap boros..so, bila aq join kawan2..automatcally duit yang aq spent untuk makan td, aq akan guna untuk tambang teksi + train pergi dan balik.. Alhamdulillah, sepanjang dok KL ni, aq kenal dengan sorang pakcik teksi yang sangat baik.. biasanya dia akan ambil RM10 je if tambang teksi tu sepatutnya berbelas-belas ringgit.. If tambang teksi genap RM10, beliau akan ambil RM6 je..so, jimat la duit sikit...Pakcik Jalil, I'll miss You bila Fida dah balik Kedah nanti! :) 

Berbalik kepada story, kalau ada mesin ATM mcm ni..kan bagus..setiap bulan dia akan tanya aq..
"Hang nak buat apa keluarkan RM 250?"...
Aq jawab,
"Sedekah kat Maxis utk bill broadband, Sewa rumah, & Makan"
& Alangkah baiknya kalau mesin tu boleh trace kita bohong ke betul & berkata,
"Hang bohong, hang makan sehari RM5 ja,  selebihnya hang nak p merendeq kan? aq bagi hang RM200 je,RM10 tu buat makan, hang masak sendiri kan kat rumah??"...

hahaha.... bagus la..aq suka kalau wujud mesin ATM camni..tapi, 1 je keburukannya.. mesti akan menyusahkan para engineer & technician kalau ada benda ni..sebab, barang yang baik, kos maintenance pon konpom naik, keserabutan kepala engineer pon akan bertambah...

Hahaha...aq harap satu hari nanti benda alah ni wujud la..mudah sikit nak kawal belanja anak2 aq esok..haha
Ok, jangan nak merapu, Fida...Sila sambung buat elektronik! ok bye!

(^_^)





: Bercinta, bercinta jugak :

Assalamualaikum..

 Tiba2 je boleh terdemam malam ni...haishh...hope to get well soon...
Jam menunjukkan pukul 10.08 PM waktu Malaysia.. Niat nk mengemas ruang di rumah sewa malam ni terkubur begitu saja berikutan keadaan kesihatan yang menidak-laratkan aq untuk melakukannya... ( apa punya bahasa daaa )....

Entry kali ni ditaip bukan kerana sikap cemburu, dengki or apa2...Cuma ada la sedikit rasa menyampah..haha... Ok...jujur aq cakap...kadang2 aq menyampah dengan sikap sesetengah orang......Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni benda biasa, tapi seriously aq memang menyampah dengan trend mcm ni....

Trend apa yg hang menyampah sangat tu Fida? 

Trend bercouple bagai nak rak.. lepas tu wall post macam dia sorang je ada boyfriend.. contohnya mcm ni....


Macam la x boleh mesej kat handset.. hahaha.....

Yang dah kawen pulak...asyik status...

" Kari ayam untuk encik suami, ermmm yummy2"
" Encik suami ajak buang sampah malam ni, seronoknyewww"
"Thanks Encik suami sebab tolong sidai baju tadi"

Lailahaillallahhhh....benda macam ni pon nk status ke?

Tu yg dah lama kawen...yang baru kawen pulak hari2 upload gambar kawen...selagi x cukup setahun kawen, selagi tu la dok upload..dah tu selalu tukar DP pulak tu...
aq bukan jealous, tp aq muak hangpa tau dak?

Yang tengah pregnant..asyik post..

pastu.. xkurang jugak yang berhubungan jarak jauh...
tiap2 hari akan nampak status ni...sebenarnya dia nak wallpost, tapi beliau x faham & xtahu nak bezakan mana 1 wallpost,mana 1 status...mcm ni ye...

Yang bujang pulak style ni...

apa salahnya kalau private message je?

yang bujang pulak suka status tag2 nama orang..contohnya..

"Afyda, jom makan! "

.......
Maybe ada readers yang akan cakap, "Fida dengki la tu, sbb tu post entry ni"....
"Hello! tolong sikit...aq x dengki sikit pon! kalau aq nak buat pon boleyyyy...tapi xmau la, malu kat orang haihhhh"


seriously aq menyampah dengan spesis mcm kat atas..Yes, I know, bahawa 1 ari nanti mungkin aq akan buat benda yang sama..x mustahil! tapi jangan la sampai tiap2 hari ! agak2 la sikti wei, orang kedah kata, naik berpinaq mata aq baca status or wallpost hangpa tau dak??..semua yang kat atas ni aq ambil dari FB aq sendiri...pemerhatian aq, diorang2 yang kat atas ni "SETIAP HARI" akan update benda2 meloyakan aq...YA! setiap hari!! 

Hahaha....mohon maaf pada yang terasa, sekadar mencoretkan apa yang terbuku di hati ja..
Ok,bye!







: PROJECT EXHIBITION :

Assalamualaikum...

urrrrrghhhh...kepala terasa pening sebab x cukup rest 2-3 hari ni.. tapi xpa...demi blog kesayangan, gagahkan diri untuk menaip..hahaha....Semalam ada exhibition kat BMI... untuk subject Business...erkkk...aq x suka bisnes, tp aq suka duit.....so malam ni nak bercerita mengenai exhibition tu... ngeeee~~

Apa tu "exhibition"? ok, mai teacher nak ajar... "exhibition" tu lebih kurang mcm pameran la..tp kena present..erhhhhh...presentation lagi....letih2...ni salah satu assessment dalam subject business ni.... nasib baik by group, kalau individual, lingkup aq ! so, aq group dgn 2 lagi gadis Negeri Darul Ridzuan yang gojess!! 


ni partner aq..2-2 budak Perak..yg tudung pink tu Kinah..& yg tudung putih tu Ida.. yg pakai pashmina tu bukan group members aq..ni la booth kami..hahaha...

Smart Human's Anatomy

Gambar kat atas ni gambar project kami..tema kali ni, "Electronics Educational Toys"..Aq x sentuh langsung project ni...aq buat report je...nak termuntah aq siapkan report...gila! dah la aq x suka akaun2 & bisnes2 ni..hahaha....




Poster kat atas ni aq yang buat..hahaha..camni la jadi bila budak engineering buat pendidikan seni..




Masa ni tgh present...Thanks adik Balqis sebab tolong jadi camerawomen..hahaha...
Tercungap2 english aq kemarin..xdapat tumpu perhatian yang baik sebab terasa x sihat...


Huhu...Letih gila kot semalam..even exhibition ni berlangsung lebih kurang 2 1/2 jam je..


Ok, tengah explain kat lecturer pasal function project ni...



X banyak pon gambar exhibition ni...x sampai 10 keping pon rasanya...Alhamdulillah, settle 1 assessment!