Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Friday, April 10

Perginya Sebuah Morning Sickness

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..baru lepas sambut besday ke-26 tiga hari lepas..haha..Hadiah paling istimewa sempena besday aku ke-26 ni adalah perginya sebuah morning sickness..hahaha...Alhamdulillah..sekitar awal April aku masih mabuk macam biasa..muntah dan mengalami keletihan yang teramat teruk sampai tahap nak menyerah diri kat hospital untuk drip air..tapi disebabkan perasaan "xnak menyusahkan" husband dan keluarga mertua, so aku kuatkan semangat yang dah xdak masa tu untuk teruskan kehidupan tanpa bantuan drip..  2 April aku muntah teruk..xmakan pon muntah..letih xyah cerita..mcm nak pengsan pon ada, nak mati pon ada..bila mengadu kat husb, beliau ajak ke Klinik berhampiran..so aku beranikan diri ke klinik dengan harapan semoga doktor x paksa aku drip kat hospital..hahaha... Doktor bekalkan aku dengan ubat tahan muntah..amalkan sebelum makan bila perlu katanya (2x sehari)..Bila perlu? hmm..rasa mcm 24 hours perlu je..so aku makan ubat tu dengan penuh disiplin yang tinggi...cewwah!

Lepas amalkan ubat tahan muntah tu, aku rasa badan aku kuat sikit..muntah jugak tapi sehari sekali, or dua kali macam tu je..kadang2 xmuntah langsung..tu satu peningkatan dalam kesihatan aku..aku bersyukur sangat! Tapi makan still x lalu lagi..Pagi2 cuma jamah kuih apam yang ayah mertua beli kat gerai kuih..

7 April 2015.. aku rasa dahaga..lalu aku teguk air masak yang sememangnya ada dalam bilik konon-konon takut tengah-tengah malam dahaga..so lepas aku minum, baru aku perasan perubahan diri aku yang pada masa tu berjaya minum banyak teguk air tanpa ada rasa loya..Then, diikuti dengan rasa lapar.. Allahu Rabbi.. aku pelik..terfikir seketika.. "xkan lega macam tu je sickness aku?".. dan pada hari tu aku berjaya habiskan sepinggan nasi, dan makanan lain..hahaha...serius.. kelegaan yang dialami tu datang secara tiba-tiba...Tiba-tiba je lega beb! sedangkan hari sebelumnya masih muntah macam nak pengsan...Tapi perasaan trauma nak jamah makanan tu masih ada sehingga hari ni...

8 April 2015.. Its my 26th birthday... Zhe wo sheng Ri Kuaile..Wo er shir liu sui.. malam tu aku lapar sangat..teringin nak makan kobis + mayonis + bawang..so aku gunakan otak geliga aku untuk pau husb aku belikan aku burger tanpa sos..sampai pukul 11 lebih aku tunggu dengan harapan aku dapat makan kobis + bawang + mayonis tu sepuas mungkin..Dan hampir jam 12, husb pulang membawa sebiji burger.. hati mana x excited weh? hahaha...sebab org mengandung ni kalau dah teringin, Allahu Rabbi...aku pun dengan excited buka bungkusan burger tu dan.....aaarghhh...hanya roti atas, daging dan roti bawah je yang ada.. aku xtau samada aku patut nangis, ataupun ketawa berdekah-dekah..hahaha...nak jaga hati husb yang dah bersusah payah beli, aku pun telan la sedikit-demi sedikit sebab masin gila..Elok dah nak habis, husb cakap nak keluar beli burger sebab lapar katanya..aku pon apa lagi, pau lagi sebijik...hahaha..lepas beliau balik, aku makan sikit bawang, mayo dan kobis sebagai memenuhi kehendak makan..hahaha...siangnya aku makan lagi..berselera gila..akak kerani kat tempat kerja husb bagi aku jeruk mangga sejuk plak, Allah...terliur aku..and malam tu husb belikan sate sebagai jamuan utk besday aku la konon-konon..hahaha..aku makan lagi..pergh..memang betul-betul menakjubkan..sekelip mata boleh lega..

Hahaha...bila dikenang pasal sickness hamil ni, rasa serik nak mengandung lagi..letih beb...kita dah lawan, tapi orang xnampak kita lawan..dan kita tewas jugak mcm mana pon...tapi bila dah lega, rasa xpuas pulak sickness yang hari tu..rasa mcm taun depan nak preggy lagi plak...hahaha..gilo hang! nak cari mak hang marah beranak kerap2? kalau husb baca ni, mesti dia syok taun depan aku nak preggy lg..hahaha...pungkoq dia! sekarang ni pulak dok buat lapar tengah malam..Allahu Rabbi..hahaha..habis la diet aku..baru je excited nak tengok berat terkini isnin ni, dah berselera semacam..tau x..tengah malam kalau boleh nak mengunyah sokmo..xkisah la kentang ke, tam tam ke, tapi kalau boleh nak benda berat..mcm nasi ke, mee mamak ke..perghh...parahhh! kerja gila..tapi xboleh la request kerap2 kat husb..kesian la dia..kempis dompet dia nanti..dah la aku x kerja..hmm..

Betul orang kata, trimester kedua ni mcm fasa honeymoon untuk ibu mengandung.. memang rilex weh..xda rasa letih..tapi trimester ketiga orang kata dah mula letih balik..haishhhh..dah la time tu kenduri abang ipar..semoga diberikan kesihatan yang baik...ingat lepas kenduri tu nak balik kedah lagi..tengok la dulu camna....tapi kan, walaupun selera makan aku dah macam jin, tapi aku seronok sebab aku boleh bagi baby makan secukupnya..dok terbayang baby absorb nutrien dari makanan aku lepas aku makan.rasa sweet gila..cewwah....hilang rasa risau tau x.. masa mabuk dulu rasa risau gila takut baby xdapat zat..sebab aku makan, muntah memanjang.. Ya Allah, sihatkan anak dalam kandunganku. semoga beliau cute macam mak beliau..

Isnin ni checkup lagi kat Klinik Desa.. time tu nurse cakap nak scan..pergh..first time nak scan ni..orang kata time scan ni, baby akan rasa sakit..Hmm..risau jugak..tapi excited sangat nak tgk baby aku dgn husb...besar mana dah agaknya..sekali pon xpernah jenguk lagi.. teruja weh teruja..kalau doc offer husb aku masuk sekali, mmg nak sangat aku ajak beliau tengok..haha...dah mula berangan anak aku nanti ikut muka sapa.. orang cakap muka aku dgn husb sama walaupun aku xpernah nampak pon kat mana yg sama tu..haha..tapi aku harap, kening, bulu mata dia lebat & panjang mcm abi dia..

Hahaha..berangan la pida oiii...berangan..hahaha...macam ni la aku kalau fikiran aku celaru...2-3 hari ni otak aku sasau sikit..aku nak balik kampung sebenarnya..kalau boleh naik flight dgn maksu aku..tapi problem sikit la sebab aku x berani nak p kat maksu aku sorang2..tapi tu xjadi hal..bukan x biasa pon, cuma xberani je...untung2 husband aku cuti hari tu, boleh la beliau hantaq aku..lagi satu aku kesian husband aku..hahaha..tapi aku nak balik jugak la rasanya..2 bulan dah x balik..rindu masakan mak..rindu bilik weh..aku ni pelik..kalau dok sini, nak balik kedah, nangis sbb x sanggup nk tinggal husband..bila dok sana nak balik mai sini, nangis sbb x sanggup nak tinggal family..hahaha...complicated sungguh la masalah aku..If aku balik rabu, mungkin ahad aku dah balik sini kot..tapi mcm sekejap sangat pulak..confuse beb..kalau x balik, bila lagi? cuti hari buruh ada kenduri, lepas tu kenduri lagi kat umah biras aku..then dah mula sibuk dengan persiapan kenduri abang ipar..hadoiiii.... kena balik jugak..hilangkan rasa rindu kat rakyat jelata kat kedah..cewwwahh...

Dah panjang sangat aku merapu ni...aku nak pi sidai baju, masak nasi then cari makanan! lapar lagiii......... ok bye!