Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Wednesday, October 9

Di Bangunan Puaka Inilah...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. masih diberikan kesempatan untuk berfoya-foya kat atas kerusi pusing-pusing dalam ofis yang serba gelap ni..best jugak bergelap sorang-sorang dalam ofis ni, heaven gila.. xda orang nak kacau... kenapa gelap? sebab company aq nak jimat elektik katanya... haha...

Rabu terakhir berada di kerusi pusing-pusing di bangunan yang aq gelar "bangunan puaka" ni... perasaan? hahaha...serius x sabar nak pegang tombol pintu HR buat kali yang terakhir, melangkah keluar dari bangunan puaka, dan kalau boleh nak berlari pulang ke rumah selaju mungkin tanpa menoleh ke belakang lagi... kecuali kalau selipar aku terlucut,maka terpaksalah aku menoleh ke belakang...

Ok, nak bercerita tentang pengalaman menjalani semester industri ni.. herm..seriously, aq rasa takut sangat nak melangkah ke tempat kerja baru.. sebab? trauma dengan suasana kerja disini barangkali..


Gambaran tentang aku
Rasa kosong gila kerja kat sini, hari-hari buat kerja yang sama.. ambil kertas, letak dalam fail..tu je, kalau setakat nak ambil kertas, punch dan letak dalam fail, seriously aq rasa macam budak bodoh je datang sini...sia-sia.. Hari-hari datang kerja dengan harapan cepatlah pukul 6.. nak balik..

Kat sinilah aq belajar menghadapi macam-macam kerenah manusia.. dari yang muda, sampailah yang paling tua..ada yang baik, ada yang "kerek" nak mampos. Seumur hidup aq, aq xpernah ada rasa nak bunuh orang..tapi sejak aq kerja kat sini, pernah terlintas dalam benak pemikiran, "aq akan buat hang balik naik kereta jenazah"..siapakah "hang" yang dimaksudkan? biar Allah je yang tahu.. Ya Allah, jangan Kau pertemukan aku dengan insan seperti ini lepas ni...Ameen....

Pernah satu hari aq ditanya oleh seorang wanita yang pastinya bukan sebangsa dengan aq.. Soalnya, "adik belajar kat mana?"..aq dengan rasa hairan menjawab soalan beliau..Lepas je dengar nama U aq..dia tanya lagi..."lesson kat sana dalam english atau malay?"...aq jawab, "English"...lepas tu, perghh...dengan muka yang seakan-akan memandang rendah kat aq, beliau tanya lagi, "awak boleh ke cakap Inggeris?"... Perghh....satu soalan yang menyentap perasaan...tiba-tiba terasa saham aq sebagai anak melayu tercemar...haha...

Soalan tu akan aq ingat sampai bila-bila.. Benar, menjadi student praktikal ibarat menjadi bola..ditendang kesana-kemari... sakit ooo... Baru ni lecturer datang visit, soalan yang membuatkan aq kelu nak jawab, "apa yang awak dapat dalam tempoh industri ni?" rasa macam nak je jawab, "kemahiran menyanyi lagu empat dara"..barangkali...
haha..xsampai hati pulak...kang effect plak kat result aq..

Menjadi student praktikal kena banyak bersabar.. Even kita selalu disuruh buat kerja-kerja yang bertentangan dengan skop pengajian kita..Sepanjang kerja kat sini, aq rasa 20% je kot teknikal, yang lain semua kerja-kerja tidak berkaitan..pergi fotostat, buat kastam dan lain-lain.. Biasalah, kerja x berbayar selalunya macam-macam kena buat.. sampaikan kadang-kadang aq terfikir, "nasib baik ada aq,kalau x, memang xjalan la kilang ni"..haha...even aq kadang-kadang fikir macam tu, tapi aq masih berpijak dibumi yang nyata- sebenarnya saya budak praktikal je..

Kadang-kadang aq balik kerja, dalam hati dah pasang niat, "malam ni nak buat report", tapi hampehh.... letih gila baq hang... letih buang masa.. kadang-kadang datang kerja pukul 8.30 pagi, dgn harapan "Cepatlah pukul 6"..xsabar nak punch card balik...hahaha...teruk kan aq? tapi tu la hakikatnya...Macam diagram kat atas, hari jumaat je rasa semangat gila.. sebab? yeahhh esok & lusa cuti...

Dan mungkin petang ni adalah petang terakhir aq kat bangunan puaka ni..esok nak buat halfday ja. Hope dipermudahkan urusan pekerjaan aq lepas ni.. Teringin nak sambung belajar actually.. tapi Mr fiance cakap, "Nak sambung boleh,tapi nikah dulu"...Kalau dah nikah memang x sambung la jawabnya... Grrrr.......Oklah readers, nanti update lagi...thanks for reading ! Peace No war! Assalamualaikum...