Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Tuesday, July 16

: Kerja , Puasa & Dot Dot Dot :

Assalamualaikum..

Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahu Akbar...
aaaa..kan dah dapat pahala bila orang baca .. hehe...
Alhamdulillah..seminggu berpuasa, & minggu ini akan genap sebulan menjadi wanita bekerjaya...

"Adik Praktikal , mai tengok sat awat xtau komputer ni xboleh nak on" ... asssudoh... hehe...ari ni keja aq repair komputer je..walhal x reti pon nak repair...but Alhamdulillah, berkat kerjasama dengan sorang pelatih Unimap & Politeknik, kami bertiga berjaya melakukannya..Balik kerja pukul 5 sepanjang bulan puasa, oh sangat letih! walaupun jarak masa dari rumah cuma 6 minit dengan menaiki motosikal, tapi badan ni selalu rasa letih yang teramat sangat...

Pengalaman ?? haha... biasalah, bila kerja di sektor perkilangan khasnya, macam2 ragam manusia yang kita boleh jumpa... Sepanjang sebulan ni aq ada jumpa sorang pekerja yang berstatus operator pengeluaran,tapi lagaknya mak aiiii....mengalahkan eksekutif.. maaf, bukan nak mengata, sekadar nak berkongsi pengalaman..

Berumur dalam lingkungan 40an, setiap hari bila kami sampai je kat punch card, baru je niat nak lepak2 kat bawah sementara nak naik mulakan kerja, pasti ada je unsur-unsur beliau yang dtg menghantui kami.. lupa nak story, "kami" tu refer kpd 3 orang pelatih praktikal termasuk aq..kami akan diagihkan tugas sesuka hati beliau walhal beliau bukanlah supervisor kami.. kalau x ikut, takut dikatakan biadap pulak..so, as long as supervisor kami x bg apa2 kerja, so kami ikut jela apa yg akak tu nak..biasanya kami disuruh menyusun beribu-ribu papan2 litar dalam masa beberapa jam..

2-3 hari ni kami dah pandai nak beri alasan..buat2 sibuk dengan tugas2 pejabat padahal kalau dilihat dengan pandangan halus, boleh dikatakan setiap hari isnin-jumaat jam 8.30pg-5ptg, kami hanya duduk atas kerusi sambil conteng kertas & borak2 je...gila x? belajar penat2, datang praktikal buang masa je...
so untuk adik2 yang akan menjalani praktikal, usah gugup, usah takut...sesungguhnya budak2 praktikal ni susah nak ada kerja.. paling-paling pon, "adik,tolong fotostatkan kertas ni"....


Balik kerja terpaksa meredah jem bazar Ramadhan area perumahan aq.. nasib baik ada jalan alternatif lain yang aq boleh guna..kalo x, daripada 6 minit perjalanan, mybe boleh jadi 20 minit angkara bazar ramadhan..

After 9 years aq di perantauan, this is my first year berpuasa dengan family.. & mungkin ini adalah tahun kedua terakhir berpuasa sebagai seorang bujang...Insyaallah, the next two years, mungkin berpuasa sebagai seorang isteri & ummi InsyaAllah... Sebulan lebih dah ni jadi tunangan orang, rindu gila kot sebab terpaksa berhubungan jarak jauh... Allah, sampaikanlah rindu ini kepadanya..cewwahhh ayat hang pida!

Malam ni x berpeluang bertarawih.. sebab keadaan kesihatan dan cuaca yang kurang mengizinkan..batuk yang sangat pelik bunyinya..sejuk yang amat sangat..InsyaAllah malam esok, mesti rebut peluang! hehe... Dah2..jangan nak merepek lebih-lebih..esok kerja! 

Regards,
Amin's Fiance..