Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Wednesday, October 1

HIV Pra-Perkahwinan

Assalamualaikum..

Demam.. dah 2 hari on medical leave.. haha...antibodi cap ayam.. macam ni la..hujan sikit,demam..panas sikit,demam...haipppp !!

ok, nak bercerita panjang pasal HIV test.. Lima Puluh Sembilan hari lagi sebelum bergelar isteri..cewwah..counting days nampak..haha..ingat syok ke nak kahwin? takut oo..tebai muka dah ni..salah satu prosedur nak kahwin ni kita kena jalankan ujian HIV..biasanya kat klinik kerajaan..ok, baru2 ni aq dengan rasa senang hati pergi ke Klinik Kesihatan Jitra untuk buat ujian HIV.. 

Aq pi hari khamis petang..and then nurse suruh aq pergi semula Ahad pagi, nurse tu ckp "adik mai semula ahad pagi,terus ambil borang kat kaunter, mintak dengan nurse yg jaga kaunter tu"..so, aq pergi semula ahad pagi..bila aq pi sana, ada 3 orang nurse dok jaga kaunter.. Yes, aq mengaku, orang memang ramai sebab hari tu mungkin hari appoinment baby kot..Malangnya, bila aq tanya nurse beruniform biru di kaunter tu, terus dia marah-marah aq.. "adik ni reti ke x reti? kami buat HIV waktu petang sahaja no!" ... amboi makcik, cantik bahasa! 

Mata aq melilau sekeliling klinik, xda pulak notis mengatakan ujian HIV dibuat pada waktu petang sahaja..so tanpa putus asa,aq tanya lagi, "tapi nurse bernama D***** tu suruh saya mai ahad PAGI" .. terus nurse tu berang dan bercakap lebih tegas, "kalau macam tu adik pi cari nurse tu..setel sendiri dengan dia".. mungkin aq x faham lelahnya bekerja sebagai jururawat,tapi sekurang-kurangnya cakap elok-elok..x rugi sekupang pon kalau cakap elok2..

So aq balik ke rumah..ayah aq ajak aq pi Klinik Kesihatan Banai.. agak pedalaman, tapi servis memang tiptop!  Nurse kat situ semua mesra rakyat.. mula2 nurse kat kaunter suruh isi borang..ada la 2-3 borang kena isi..yang penting kena tau maklumat pasangan..


Lepas setel isi semua, bayar RM1 dan bawak borang tu pi kat Nurse beruniform biru..perghh..nurse beruniform biru situ memang lemah lembut..melting baq hang.. beliau suruh aq rilex, sambil borak2..haha...aq ingatkan ambil darah macam nak check glucose je, maksud aq, hujung jari je..sebab tunang aq cakap ambil kat hujung jari je..rupanya sangkaan aq meleset..masa nurse bawak keluar jarum tu, aq dah goyah..bukan sebab aq takut jarum, tapi yela..mindset cakap ambil darah kat jari,tiba-tiba kena ambil kat lengan..rasa macam x bersedia pulak..Oh Allah..


Mula-mula nurse cari urat lengan aq x jumpa..assudah..beliau tepuk2..xda jugak, so terpaksa ambil darah sebelah kiri..1 tabung uji oo...lupa nak snap gambar darah dlm tabung uji tu..pastu beliau keluarkan 1 alat mcm pregnancy test tu, beliau titiskan darah aq kat situ..


Katanya, "kalau adik negative HIV, adik akan nampak 1 line je naik" .. so aq tunggu punya tunggu..line x naik.. Allah..aq mula berdebar..kenapa x naik? sedangkan aq bebas dadah or seks bebas..hahaha...tapi last2, Alhamdulillah..naik jugak line tu..Untuk pengetahuan readers, HIV kat sini dapat result segera..kalau kat Klinik Kesihatan Jitra selepas seminggu br dpt..lepas tu, nurse tu terus suruh ke makmal..bawak sample darah untuk ujian thalasemia..

Lebih kurang 20 minit menunggu, sebab mesin ujikaji depa tu rosak, akhirnya dapat keputusan thalasemia..Alhamdulillah, saya bukan pembawa thalasemia.. hehe...then, bawak borang2 tu pergi sain doctor, setel HIV test aku!


hehe..lepas doktor sign aq punya result, nurse tu masukkan result tu dalam sampul sambil cakap, "yg ni adik simpan,nanti pejabat agama nak ambil" .. 

OK, setel satu masalah....next step..pejabat agama pulak ^^

For those yang nak buat HIV ni aq suggest pi la Klinik Kesihatan Banai..Jalan Wang Tepus..orang xramai..cepat pun cepat ^^