Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Thursday, May 16

: Cintaku Tertinggal Di Selangor :

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah....
Rasa nak sujud lama-lama sebab dah tamat pengajian kat bumi Britain ni... Yeah.. malam ni gerak balik Kedah.. Alhamdulillah.. rasa lapang hati sangat-sangat!


Ok, 5 jam setengah sebelum bergerak meninggalkan bumi Darul Ehsan, rasa sedih dah mula menyapa...
Oh, cintaku tertinggal di Selangor....

Lepas ni bermula hubungan jarak jauh untuk aq dan Mr Imam... & ini adalah kali ketiga kami berjauhan sepanjang tempoh 4 tahun 1 bulan, 1 minggu dan 3 hari ni.....ok, semoga kami tabah menghadapi segala rintangan yang akan datang....



Nak ucapkan a lot of thanks kepada my beloved Mr Imam, Mohd Aminuddin sebab bawak saya p makan, bawak saya p ATM, giant, lepak Titiwangsa, Taman Layang-Layang, memancing sampai pagi, makan McD, KFC, p Tesco, Hantar pi Duta, Ambil saya pukul 5-6 pagi kat Duta, Pergi Selayang Mall, Rawang (Tasik Puteri), ajar saya minum Epal Asam Boi, kenalkan saya dengan family kamu, Main Badminton, Bawak p beli MC , Genting Highlands, ambil saya kat Kedah bawak balik KL dan sebagainya.... Syukur Alhamdulillah, & terima kasih sekali lagi sebab sudi nak memperisterikan saya... (katanya la, InsyaAllah).....dan moment yang akan saya rindu ialah bila awak kepit kepala saya bila saya terlanjur perkataan & saat awak lambai saya time bas dah mula nak bergerak meninggalkan perkarangan Hentian Duta.. & Tonight, adalah lambaian terakhir awak untuk saya sepanjang saya bermastautin kat sini..hehehe....hope airmata x tumpah, alaa, minggu depan kita jumpa lagi kan? * ok, tahan air mata..



A lot of thanks to Ibu Ayah ( parents Mr Imam) .. kerana sudi anggap Fida as an adopted person in your family.. rasa terharu sangat.. Halalkan segala makan dan minum, or apa yang fida terambil atau terima... hehehe.... * Tahan Air mata lagi..

Ya Allah, jangan jatuhkan air mata aku.....

Ok, even hati x pernah rasa syok belajar kat sini...tapi rasa macam sedih pulak masa bangun dari meja exam tadi... berkat kata-kata semangat dari family & Mr Imam, aq berjaya habiskan pengajian.. Tahniah untuk diri sendiri...sekarang ni jiwa rasa kosong sebab xtau nak describe macam mana rasa hati...

Ok, ibarat sirih pulang ke gagang..malam ni banyak gila barang yang aq nak bawak balik... After 9 years merantau kat tempat orang, akhirnya aq balik ke pangkuan family... Yeay! lepas ni berpuasa dengan family, beraya dengan cincin baru dari Mr.Habib..hehehe....

Dah Fida, jangan nak merapu lebih-lebih, barang x habis kemas lagi....
Ok , Entry last di bumi selangor.. hehe...Hello Kedah Darul Aman.....I'm coming Home :)