Blogger Layouts
A

Bismillahirrahmanirrahim

Laa ila ha illa anta.. subhanaka inni kuntu minazzolimin

Wednesday, September 18

Bukan tak nak, tapi ....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. ada lagi 3 minggu untuk tamatkan semester industri yang entah apa-apa ni... haha.... huh... *sambil menyandarkan badan ke kerusi pejabat yang beroda & boleh di pusing2... hehe...

2-3 hari ni penulis buka FB.. skrol ke atas ke bawah... herm.. banyak cerita tentang member-member yang dah kawen & dah ada anak... hari-hari upload muka baby kat FB.. ok, x mustahil satu hari nanti penulis akan melakukan perkara yang sama bila dah jadi ummi esok.. cewwah... tak kurang jugak yang tengah pregnant, huh, tulis status buat buku merah la, berat naik la, alahan la..macam2 ragam.. even penulis kadang-kadang rasa macam status tu x perlu pon, tapi biarlah...hak mereka dan keluarga mereka....at least penulis dapat ambil input serba sedikit sebagai persediaan ke arah itu.. hehe...

Bercakap soal kawan-kawan yang dah mendirikan rumahtangga, kadang-kadang hati ni bermuhasabah..

"aku ni dah bersedia ke bergelar isteri & umi? "

3 bulan 1 minggu dan 5 hari bergelar tunangan bro imam, makin hari hati ni rasa makin berdebar je even tarikh nikah belum di rancang.. mungkin hujung tahun ni, mungkin pertengahan tahun depan, mungkin jugak penghujung tahun depan.. hehe, kata orang, tunang jangan lama-lama, aq pon xfaham dari mana datangnya falsafah "tunang xboleh lama-lama" ni... sebagai umat islam, just berserah je pada Allah, selaras dengan rukun negara yang pertama "KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN"...macam penulis sendiri, penulis percaya bahawa jodoh tu dah tertulis... kalau Allah izin, Insyaallah, jodoh xkan kemana...



Ok, back to the real story.. kadang-kadang bila soalan tu menjengah dalam pemikiran, rasa takut pun ada.. baru-baru ni bro imam ada sms mengatakan, "ibu suruh nikah cepat2, duduk dengan dia".. hahaha....lepas baca je sms tu, wow, hati rasa gayat gila.. tinggal dengan mertua? erghhh... bukan xnak, tapi...........................